Regulus Black

Regulus Arcturus Black ialah salah seorang watak dalam siri buku Harry Potter karya J. K. Rowling.

Dia tidak wujud dalam cerita, tetapi pernah disebut oleh abangnya Sirius Black dan elf rumah Kreacher dan memainkan peranan yang amat penting dalam plot cerita.

Peranan dalam buku

Berdasarkan salasilah keluarga Black, Regulus dilahirkan oleh Orion dan Walburga Black pada 1961 meninggal dunia pada 1979.

Dalam novel Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Sirius Black pernah membekalkan sedikit banyak maklumat tentang Regulus Black. Regulus dimasukkan Rumah Slytherin dan menjadi Seeker dalam pasukan Quidditch Slytherin. Dia menyertai Death Eater pada umur 16 tetapi berubah fikiran tidak lama kemudian.

Walaupun Sirius anggap dia dibunuh oleh Voldemort atau Death Eater, Harry Potter dengan Azimat Maut mengenal pasti bahawa Regulus mati dalam gua yang menyimpan locket Horcrux Voldemort. Regulus mati lemas akibat diheret oleh Inferi selepas minum posyen yang melindungi Horcrux. Sebelum mati, dia menyuruh Kreacher menmindahkan Horcrux dan cuba memusnahkannya. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Loket tersebut pernah dijumpai : "mereka juga menjumpai sebentuk loket yang tidak dapat dibuka" (muka surat 131, versi BM), dan dicuri oleh Mundungus Fletcher selepas setahun. Regulus meninggalkan cebisan kertas kulit yang nama R.A.B. ditandatangani dan dituju kepada Voldemort dalam Horcrux palsu. Hocrux benar dalam Grimmauld Place tidak diketahui sehingga R.A.B. dikenal pasti sebagai Regulus dalam Azimat Maut.

Sifat sebenar Regulus bertentangan dengan anggapan Sirius Black. Sirius menganggap Regulus sebagai orang penting yang perlu dibunuh oleh Voldemort sendiri, tetapi kenyataannya Regulus seorang ahli sihir yang sanggup mengorbankan diri, ditunjukkan oleh layanannya yang positif terhadap Kreacher dan mengorbankan diri kepada Inferi supaya Kreacher tidak tercedera.

Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut, Harry mendapati Regulus merupakan bekas pemain Seeker dalam pasukan Quidditch Slytherin semasa belajar di Hogwarts dalam bilik Regulus. Harry juga mendapati Regulus tidak sekacak Sirius Black dalam foto lama sekolahnya.

Regulus sebagai R.A.B.

Regulus Arcturus Black adalah R.A.B. Identiti R.A.B. telah dibahaskan selepas penerbitan buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Dalam bab 28, Harry menemui suatu cebisan kertas kulit dalam loket Hocrux palsu Voldemort dan kandungannya adalah seperti berikut:

Kepada Raja Kuasa Jahat

Aku tahu yang aku akan mati lama sebelum kau

membaca nota ini tetapi aku mahu kau tahu bahawa

akulah yang mengetahui rahsia kau. Aku telah mencuri

Hocrux sebenar dan akan memusnahkannya secepat

mungkin. Aku menghadapi kematian dengan harapan

apabila kau berdepan dengan lawan yang setanding, kau

sekali lagi, manusia biasa.

R.A.B

Identiti dikenal pasti sebagai R.A.B dalam buku ketujuh

Dalam buku Harry Potter dengan Azimat Maut, Regulus dikenal pasti sebagai "Regulus Arcturus Black" (R.A.B.). Elf Keluarga Black, Kreacher, memberitahu Harry dan rakannya bahawa diarah oleh Regulus untuk berjumpa dengan Voldemort untuk menyembunyikan loket. Kreacher dipaksa meminum posyen untuk menguji keberkesanannya, dan terselamat kerana Muncul Tiba-tiba elf rumah berbeza dengan ahli sihir biasa. Selepas Kreacher memberitahu Regulus, Regulus memaksa Kreacher membawa dia ke gua itu dan dia minum segala posyen itu untuk menukarkan loket tersebut dengan loket palsu. Sebelum diheret olah Inferi ke dalam air, dia mengarah Kreacher untuk memusnahkan Horcrux sebenar.

Regulus mendeduksi bahawa keangkuhan Voldemort mengakibatkannya menganggap Hocrux tidak akan diketahui oleh orang lain dan dimusnahkan. Walaupun sudah banyak tahun berlalu, Kreacher masih setia kepada Regulus dalam memorinya, sehingga mengetuai elf-elf rumah Hogwarts untuk menentang Death Eater dengan nama Regulus Black.

Lihat juga

  • p
  • b
  • s
Watak Harry Potter
Saudara

People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley

Staf dan pelajar Hogwarts

Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney

Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge

Watak lain

Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |