Meera Alyanna binti Mukhriz

Meera Alyanna Mukhriz (lahir 13 Jun 1995) ialah selebriti Instagram terkenal. Anak bekas Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan cucu bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Lulus dari University London.

Pada 21 Ogos 2020, Meera Alyanna dan suaminya ditahan di sebuah pub TTDI kerana melanggar PKPP.[1]

Beliau mempunyai lebih dari 200,000 pengikut di akaun Instagram ally.mukhriz.

Pendidikan

Pada 9 Mei 2019, Meera Alyanna menghadiri majlis graduasi setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pemasaran Strategik tahun 2018. Meera Alyanna berkongsi beberapa posting di laman Instagram miliknya mengenakan jubah konvokesyen di Imperial College Business School, London.[2]

Kontroversi

Perlanggaran SOP COVID-19

Pada 21 Ogos 2020, Meera Alyanna dan suami ditahan di sebuah pub TTDI kerana melanggar PKPP.[3]

Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz Mahathir mengesahkan Meera Alyanna dan anak menantunya ditahan dan didenda RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mukhriz itu berkata beliau kecewa dengan pasangan terbabit yang ditahan pihak polis ketika serbuan di sebuah pub di ibu negara.[4][5]

Pada 28 Ogos 2020, Meera Alyanna memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.[6] Dalam masa sama, beliau turut menyatakan kekesalannya serta malu terhadap perbuatannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab ketika seluruh rakyat Malaysia masih lagi resah dengan penularan pandemik COVID-19.[7]

Keluarga

Pada 20 Februari 2020, Meera Alyanna berkahwin dengan Ezran Daud Cheah.[8]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Anak Mukhriz minta maaf langgar SOP PKP
  2. ^ Cucu Tun M terima ‘Masters’ pada usia 24 tahun di London
  3. ^ Tun Mahathir’s Granddaughter Accused Of Visiting Pub & Violating RMCO?
  4. ^ Mukhriz akui anak, menantu langgar PKPP
  5. ^ Mukhriz Mahathir Confirms Daughter & Son-In-Law’s Arrest For Violating RMCO
  6. ^ "Saya menyesal kerana telah menyusahkan keluarga dan rakan-rakan" - Anak Mukhriz minta maaf
  7. ^ Mukhriz’s daughter says ‘deeply ashamed’ of RMCO violation arrest
  8. ^ Dr M’s granddaughter Ally Mukhriz gets married, shares cute photo eating instant noodles in wedding outfit