Déjà vu

Déjà vu (Dengari/ˌdʒɑː ˈv/; Sebutan bahasa Perancis: [deʒa vy]), daripada bahasa Perancis yang bermaksud "sudah lihat", ialah suatu fenomena mengalami perasaan kuat bahawa sesebuah peristiwa atau pengalaman yang sedang dialami itu telah dilalui seseorang pada masa lalu.Dan mungkin muncul secara tiba tiba dan akan merasakan keadaan itu sudah dialami seseorang.Ataupun muncul di dalam mimpi dan ia menjadi benda yang nyata[1][2][3][4] Déjà vu ialah perasaan sudah terbiasa dengan sesuatu manakala déjà vécu.Perasaan seperti "sudah melalui" sesuatu)[5].[6]

Istilah-istilah yang berkaitan

Jamais vu

Jamais vu (daripada bahasa Perancis yang ertinya "tidak pernah dilihat")ialah istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan apa-apa keadaan biasa yang tidak dikenali oleh para pemerhati. Ia merupakan sifat yang berlawanan dengan déjà vu.

Jamais vu melibatkan perasaan kengerian dan gambaran pemerhati melihat sesuatu keadaan itu untuk pertama kalinya, meskipun dia mengetahui dengan rasionalnya bahawa dia pernah berada dalam keadaan sebegini. Perkara ini lebih biasanya diandaikan seperti ketika seseorang tidak mengenali sebarang perkataan, orang, atau tempat yang mereka sudah ketahui untuk seketika. Jamais vu kadangkalanya juga dikaitkan dengan jenis-jenis afasia, amnesia, dan epilepsi yang tertentu.

Perasaan ini dapat ditimbulkan melalui jenuh semantik (semantic satiation). Terdapat suatu kajian yang dilakukan oleh Chris Moulin dari Universiti Leeds di mana dia telah meminta 95 orang sukarelawan untuk menulis perkataan "pintu" 30 kali dalam 60 saat, 68 peratus daripada bilangan sukarelawan tersebut dilaporkan mempunyai gejala jamais vu dengan ada beberapa orang daripada mereka menyatakan keraguan mereka sama ada "pintu" ialah perkataan sebenar.[7]

Presque vu

Presque vu (Sebutan bahasa Perancis: [pʁɛsk vy], "hampir dilihat") ialah perasaan kuat berada di ambang rasa insaf yang sangat kuat tanpa mencapai bayangan yang sebenarnya. Perasaan ini sering berkaitan dengan perasaan tidak lengkap atau sempurna yang begitu mengecewakan dan menggoda.[8]

Déjà entendu

Déjà entendu, ("sudah mendengar") ialah pengalaman berasa pasti telah terdengar sesuatu, meskipun butiran yang diberikan bagi menyokong pengalaman tersebut adalah tidak tepat atau mungkin bayangan semata-mata.[9][10]

Rujukan

  1. ^ Brown, A. S. (2003). "A Review of the Deja Vu Experience". Psychological Bulletin. 129: 394–413. doi:10.1037/0033-2909.129.3.394.
  2. ^ O'Connor, A. R; Moulin, C. J. A. (2010). "Recognition without identification, erroneous familiarity, and déjà vu". Current Psychiatry Reports. 12: 165–173. doi:10.1007/s11920-010-0119-5.
  3. ^ Schnider, Armin. (2008).
  4. ^ Blom, Jan Dirk. (2010).
  5. ^ Ratliff, E. (02-06-2006).
  6. ^ Illman, N. A.; Butler, C. R.; Souchay, C.; Moulin, C. J. A. (2012). "Déjà Experiences in Temporal Lobe Epilepsy". Epilepsy Research and Treatment. 2012: 1–15. doi:10.1155/2012/539567.
  7. ^ Ahuja, Anjana (2006-07-24). "Doctor, I've got this little lump on my arm . . . Relax, that tells me everything". London: Times Online. Dicapai pada 2010-05-01.
  8. ^ Blom, Jan Dirk (2009).
  9. ^ Grinnel, Renée (2008). "Déjà Entendu". PsychCentral. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-14. Dicapai pada 2011-04-10 Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
  10. ^ Mental Status Examination Rapid Record Form

Bacaan tambahan

  • "What is déjà vu?". Psychology Today. 2010-01-05.
  • Draaisma, Douwe (2004). Why life speeds up as you get older. Cambridge University Press. ISBN 0-521-69199-0.
  • Hughlinks-Jackson, J. (1888). "A particular variety of epilepsy "intellectual aura", one case with symptoms of organic brain disease". Brain. 11 (2): 179–207. doi:10.1093/brain/11.2.179.
  • Carey, Benedict (2004-09-14). "Déjà Vu: If It All Seems Familiar, There May Be a Reason". New York Times. Dicapai pada 2010-05-01.
  • Ratliff, Evan (2006-07-02). "Déjà Vu, Again and Again". New York Times. Dicapai pada 2010-05-01.
  • "When déjà vu is more than just an odd feeling". The Ottawa Citizen. 2006-02-20.
  • "UGH! I Just Got the Creepiest Feeling That I Have Been Here Before: Déjà vu and the Brain, Consciousness and Self". Neurobiology and Behavior. 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-06. Dicapai pada 2017-07-05.
  • "The Tease of Memory". The Chronicle of Higher Education. 2004-07-23.
  • "The Psychology Of Deja Vu". Science Daily. 2008-11-19.
  • Herbert, Wray (2008-10-23). "And I feel like I've been here before". Psychological Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-11. Dicapai pada 2017-07-05.
  • McHugh TJ; Jones MW; Quinn JJ; Balthasar, N.; Coppari, R.; Elmquist, J. K.; Lowell, B. B.; Fanselow, M. S.; Wilson, M. A. (July 2007). "Dentate gyrus NMDA receptors mediate rapid pattern separation in the hippocampal network". Science. 317 (5834): 94–9. doi:10.1126/science.1140263. PMID 17556551. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  • Neppe, Vernon. (1983). The Psychology of Déjà vu: Have We Been Here Before?. Witwatersrand University Press.

Pautan luar

  • Anne Cleary discussing a virtual reality investigation of déjà vu
  • Cleary, AM; Brown, AS; Sawyer, BD; Nomi, JS; Ajoku, AC; Ryals, AJ (Jun 2012). "Familiarity from the Configuration of Objects in 3-dimensional Space and Its Relation to Deja vu: A Virtual Reality Investigation". Conscious Cogn. 21: 969–75. doi:10.1016/j.concog.2011.12.010. PMID 22322010.
  • Dream Déjà Vu - Psychology Today
  • Chronic déjà vu - quirks and quarks episode (mp3)
  • Déjà vu - The Skeptic's Dictionary
  • How Déjà Vu Works — artikel daripada Howstuffworks
  • Déjà Experience Research — halaman web khusus memberikan maklumat dan penyelidikan pengalaman déjà
  • Nikhil Swaminathan, Think You've Previously Read About This?, Scientific American, 8 Jun 2007
  • Deberoh Halber, Research Deciphers Deju-Vu Brain Mechanics, MIT Report, 7 Jun 2007