Milenium ke-6 SM

 Milenium:    Milenium ke-7 SM • Milenium ke-6 SM • Milenium ke-5 SM  

Semasa milenium ke-6 SM, pertanian tersebar dari kawasan Balkan ke Italia dan Eropa Timur, dan dari Mesopotamia ke Mesir. Pada dasarnya, jumlah penduduk dunia bersifat stabil pada sekitar 5 juta orang.

Peristiwa

  • k.k. 6000 SM – Pemisahan Proto-Indo-Eropa menjadi Proto-Anatolia dan Proto-Indo-Iran di India yang disebabkan oleh keselanjaran Proto-Veda.[1]
  • k.k. 5900 SM – Kebudayaan Vinca prasejarah muncul di daerah yang sekarang dikenal sebagai Beograd.
  • k.k. 5760 SM – Gunung berapi Puy-de-Dôme meletus.
  • k.k. 5600 SM – Permulaan pergurunan Afrika Utara yang akhirnya menyebabkan terciptanya Gurun Sahara. Kemungkinan proses ini menyebabkan sebagian penduduk asli hijrah ke kawasan Sungai Nil di timur dan dengan itu, meratakan jalan bagi kebangkitan peradaban Mesir.
  • k.k. 5600 SM – Orang Cat Merah memantapkan kedudukan mereka di kawasan yang terbentang dari Labrador kini hingga negara bagian New York.
  • 1 September 5509 SM - Tarikh penciptaan alam yang ditetapkan oleh kalender Bizantium.
  • k.k. 5500 SM - Pertanian bermula di Mesir Kuno.
  • k.k. 5450 SM – Meletusnya gunung berapi Hekla.
  • k.k. 5400 SM – Irigasi di Mesopotamia.
  • k.k. 5200 SM – Permulaan tempat kediaman dan kediaman manusia di Malta.
  • k.k. 5000 SM - Perladangan tiba di Eropa.

Perubahan alam sekitar

  • k.k. 7000 SM – Permulaan Iklim Holosen optimum.
  • k.k. 5600 SM – Menurut teori banjir besar Laut Hitam, Laut Hitam dibanjiri oleh air asin. Lebih kurang 3.000 kubik batu (12.500 km³) air asin bertambah dan mengakibatkan danau air tawar yang dikelilingi daratan ini menjadi sebuah laut air asin.

Penemuan

  • k.k. 6000 SM - Orang-orang Siklade mula menggunakan tanah liat kasar yang bermutu rendah untuk membuat berbagai barang.
  • Pertanian muncul di lembah Sungai Nil.
  • Padi ditanam di Asia.
  • Bajak diciptakan.
  • Batu bata diciptakan untuk pertama kalinya di Persia.
  • Anggur diciptakan untuk pertama kalinya di Persia.
  • Afrika: Artefak-artefak batu ditambah dengan artefak logam, serta kerajinan tangan bakul, tembikar, dan tenunan.
  • Afrika: Mayat dikebumikan dalam posisi janin yang menghadapi barat, dan dikelilingi oleh persembahan dan artefak pengebumian.
  • Afrika: Periuk dan jambangan tanah liat terhias (yang berwarna hitam pada bagian atas), sikat tulang serta gading, patung kecil, dan pinggan mangkuk meja terdapat dalam jumlah yang besar.
  • Afrika: Berbagai barang kemas yang diperbuat daripada pelbagai bahan.
  • Afrika: Barang-barang mulai dibuat bukan saja untuk kegunaannya tetapi untuk nilai estetik.
  • Afrika: Permukiman-permukiman tetap dan teratur yang tertumpu pada pertanian.

Peristiwa kebudayaan yang penting

Rujukan

  1. ^ Model Bukan Invasionis Arya Diarsipkan 2006-10-17 di Wayback Machine. oleh Koenraad Elst